Make your own free website on Tripod.com
Welcome To SK King George V, Seremban Web Site
My School

Home

My School | School Organisation | Cocurriculum Activities | KGV Photo Album | Nota-nota Teknologi Maklumat | Favorite Links | E-Mail Me

This is the page where we'll describe our school in more detail.

SEJARAH RINGKAS SEKOLAHKU

Sekolah Kebangsaan King George V ini wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pada peringkat awalnya sekolah ini ditempatkan di Sekolah Menengah King George V, di Jalan Hose (sekarang Jalan Zaaba), Seremban.

Pada tahun 1956, sekolah ini telah mendapat beberapa blok bangunan tambahan dengan bilangan murid ketika itu seramai 695 orang dengan 19 orang guru.

Bilangan murid dan tenaga pengajarnya juga semakin meningkat tahun demi tahun dan pada tahun 1960, sekolah ini telah berpindah ke bangunan barunya (tempat sekarang) yang lebih besar dan selesa iaitu di Km 5, Jalan Kuala Pilah, Gedong Lalang, Ampangan. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 4 ekar 3 rod 12 pole.

Bangunan ini dilengkapi dengan pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik gerakan, surau, pusat sumber, kantin dan bilik darjah.

Pada tahun 2001 yang lalu, sekolah mendapat tambahan satu blok bangunan tiga tingkat, satu bilik makan guru, penaiktarafan bilik guru, bilik gerakan dan padang sekolah.

Pada masa kini, sekolah mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A, B, C dan D. Enrolmen murid pada tahun 2004 ini ialah 1780 orang murid dengan 95 orang guru dan 12 orang staf sokongan. Pembelajaran dan pengajaran masih dijalankan dalam dua sesi. Kelas tahun 1, 4, 5 dan 6 dijalankam pada sebelah pagi. Manakala tahun 2 dan 3 dijalankan pada sesi petang. Bilangan kelas pada keseluruhannya ialah sebanyak 36 buah.

Maklumat Terkini!!!

Majlis Penilaian dan Penghakiman Anugerah PSS 2004

9 April 2004, diharap semua warga SK KGV bersedia!

SEED-"Water Project":
(Pertandingan Menguji Kualiti Air Antara Kelas Tahun 5 2004-SEED)

19 April 2004 - Isnin:
Mengambil sampel air dari Empangan Sungai Terip, Sungai Temiang-Diversion dan Sungai Paroi.

Juara Lagi!!!

Johan MSSDSS
sukan1.gif
Juara

Tahun ini, kita sekali mengukir sejarah gemilang dalam penguasaan dalam Kejohanan Olahraga MSSDSS yang diadakan di SMK Seremban 2. Sekolah kita telah muncul sebagai johan keseluruhan. Tahniah buat warga SK KGV!!!